Hari ni ialah Hari Kualiti di sini. Selalunya saya akan pergi bersama-sama Su tapi sejak dia dah berhenti kerja jadi nampak gayanya saya akan pergi bersendirian. Saya bukanlah kategori yang akan mengikut atau ada 'geng; untuk ke sana dan kemari. Saya boleh buat apa-apa pun bersendirian tapi ada masanya saya tidak suka bersendirian kerana saya masih perlukan seorang sahabat yang menjadi teman untuk saya berbual.
Saya akan cuba biasakan diri dengan keadaan ini kerana saya pun tidak pasti berapa lama lagi saya akan bertahan untuk bekerja di sini.
Thursday, March 14, 2013
Wednesday, March 13, 2013
DG 41 ke DG 44
Saya dah 10 tahun bertugas di divisyen saya. Insyaallah tahun ini saya berpeluang untuk menerima anjakan gred.
Semalam selepas perbincangan dengan cuepac, kerajaan bersetuju untuk memberi kakai tangan kerajaan anjakan gaji pada tahun ini sebanyak dua kali iaitu sekali lagi pada bulan Julai. Bermakna pada tahun ini setiap kaki tangan akan ada dua kali kenaikan tahunan. Jadi, saya akan ada kenaikan pada Januari (belum ada kenaikan lagi) dan selepas ini lagi sekali pula ialah pada bulan Julai nanti. Alhamdulillah....
Walaupun keadaan di pejabat saya agak dingin dan penuh kontroversi namun saya tetap berdoa dan berharap sistem dan rezeki akan menyebelahi saya supaya akan ada bahagian untuk saya dan juga anak-anak saya. Amin...

Subscribe to:
Comments (Atom)