Saya dah 10 tahun bertugas di divisyen saya. Insyaallah tahun ini saya berpeluang untuk menerima anjakan gred.
Semalam selepas perbincangan dengan cuepac, kerajaan bersetuju untuk memberi kakai tangan kerajaan anjakan gaji pada tahun ini sebanyak dua kali iaitu sekali lagi pada bulan Julai. Bermakna pada tahun ini setiap kaki tangan akan ada dua kali kenaikan tahunan. Jadi, saya akan ada kenaikan pada Januari (belum ada kenaikan lagi) dan selepas ini lagi sekali pula ialah pada bulan Julai nanti. Alhamdulillah....
Walaupun keadaan di pejabat saya agak dingin dan penuh kontroversi namun saya tetap berdoa dan berharap sistem dan rezeki akan menyebelahi saya supaya akan ada bahagian untuk saya dan juga anak-anak saya. Amin...
Wednesday, March 13, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment